Tuesday, October 23, 2007

Makna bacaan dalam solat... really good info
Allah Maha Besar
Doa Iftitah Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.
"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ..namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah j adik an lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....

Dah masuk 29 hari kita berpuasa...rasa cam sekejap jer Ramadhan berlalu..Apa pun sempena bulan baik ini saya dan keluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada kawan-kawan yang mengenali diri ini. Yang mana termakan terminum terkutuk...dan banyak ter..ter...ter lagi harap dapat dihalalkan dan dimaafkan. Mana yang drive nak balik beraya tu berhati-hati dijalan raya...ingat orang yang tersayang.

Tuesday, September 25, 2007

Amalkan......

Sejak akhir2 ini negara kita dikejutkan dengan berita2 yang tak sedap didengar. Salah satu daripadanya adalah berita kematian adik Nurin yang dibunuh dengan kejam oleh orang yang tak berperikemanusiaan. Oleh itu pada sesiapa yang mempunyai anak..jagalah anak anda sebaiknya...Jangan terlepas pandang.....Amalkanlah doa ini setiap hari selepas solat....Semoga Allah melindungi kita dan keluarga.



AMALKANLAH!

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :
“Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Thursday, September 20, 2007

Andai dapat ku undurkan masa....


Nie masa zaman2 remaja...uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......Bila nak dapat jadi cam nie.....




Team bola Jaring Semangat Muhibah


Nie gambo pasukan bola jaring Semangat Muhibah (Belia kat tempat aku).Gambo nie diambil masa perlawanan antara belia seluruh Pahang kat Stadium Kuantan.Aku memang dah lama bergiat dalam pemainan bola jaring nie. Masa tu aku sebagai Shooter...Waktu tu kira aku nie power la jugak dlm hal masuk memasuk nie (masukkan bola dlm jaring ye...jgn pikir lain lak...bln pose nie). Waktu tu memang syok giler...maklum lar zaman remaja....Dlm Team nie rasanya sume dah kawin kecuali kawan aku yang berdiri kat blakang 6 dari kiri, Sbb aku dah lost contact ngan dia....Aper pun aku tetap simpan kenangan nie sampai bila-bila.

Teringat waktu Dolu-Dolu


















Nie gambo aku masa kecik2......Cuba teka yang mana satu...heee...heee. Masa nie umur aku baru 3 thn.Nielah satu-satu gambo masa kecik yang aku ada. Waktu tu aku tak suka interframe, pemalulah katakan...Tapi sekarang tak payah cakap...orang tak ajak pun aku tetap nak interframe jugak.

Thursday, September 13, 2007

Sekadar renungan.....


Perkataan yang cantik "Allah", lagu yang merdu "Azan", Novel yang menarik "Al-Quran", Senaman yang baik Sembahyang", Diet yang mujarab "Puasa". Semoga semakin bertakwa di bulan mulia ini.

Cerita hari pertama puasa


uhhh...baru first puasa dah rasa cam nie...lapar tu tidak tapi mengantuk ya Allah tuhan jer tahu. tapi aper pun aku tetap tabah dlm menghadapi cabaran di bukan pose nie. pada kengkawan dinasihatkan supaya tabah menghadapi dugaan dibulan puasa.

Wednesday, September 12, 2007

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak.

Selamat Berpuasa dari saya sekeluarga........